Sunday 9 July 2017

Suka Duka Membuat Pinjaman Bank Untuk Rumahwip

Alhamdulillah syukur semua urusan dipermudahkan dibulan puasa yang penuh berkat ini.. seperti yang saya janjikan sebelum ini dalam tulisan di blog sebelum ni.. 


Bagi yang belum baca lagi boleh klik link diatas tu..

Setiap apa yang kita hajati sebenarnya tidak semudah yang kita fikirkan untuk mendapatkannya.. samalah seperti nak mohon pinjaman rumah ni..

Seperti yang terjadi kepada kami.. saya dah over confident andai saya apply loan kali ini untuk projek Rumahwip ni insyallah boleh lulus..

credit by google


Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.. bayangkan bayaran booking RM5000 telah dibayar kepada pemaju.. undian juga telah dibuat dan unit telah dipilih.. andai loan tidak berjaya diperolehi dari tarikh yang ditetapkan bayaran penalti akan dikenakan dan unit yang kita dapat tu akan ditawarkan kepada pihak lain.

Bermula kisahnya apabila pihak wakil agen yang kami lantik selesai membuat undian bagi pihak kami pada tarikh 6hb Mac 2017 dan bermula dari tarikh tersebut kami diminta untuk sign SNP dalam tempoh 21 hari.

Boleh sahaja kami sign SNP dahulu baru uruskan urusan pinjaman.. tapi kami takut-takut anda SNP telah ditandatangani dan pembiayaan tidak berjaya kami akan dikenakan penalti sebanyak RM1.5k.. jadinya untuk secure kami cuba dapatkan kelulusan pembiayaan terlebih dahulu baru kami membuat tandatangan SNP.

Pihak pemaju telah menyenarai hampir 10 buah bank panel kepada pemaju untuk kami cuba dapatkan pembiayaan dari mereka.. antaranya BSN, RHB, MAYBANK, CIMB, UOB, Public Bank, Bank Islam dan Hong Leong Bank. Nak di katakan hampir semua bank panel kami apply untuk dapatkan pembiayaan.. Tapi malangnya bila hampir tarikh 21 hari tersebut satu bank panel pun tidak berjaya memberikan kami pembiayaan.

Antara alasan yang diberikan adalah komitmen yang tinggi dan quota bank telah penuh.. jadinya kami maklumkan kepada pemaju bahawa kami belum dapat lagi pembiayaan dan mohon untuk lanjutan penangguhan tandatangan SNP.. Alhamdulillah pihak pemaju beri respone yang bagus dan berikan kami tempoh lanjutan tambahan 30 hari atau sebulan lagi.

Kali ini kami cuba gunakan khidmat agen bank yang biasa uruskan pinjaman Rumahwip ni.. khidmat agen ni tiada bayaran cumanya andai lulus pinjaman mereka cadangan untuk kami ambil perlindungan takaful MLTT untuk rumah tersebut dan tidak mengambil perlindungan takaful MRTT dari pihak bank.(MLTT ni Takaful kalau MRTA ni konvensional).

Dalam pada masa sama kami pun cuba juga cari bank lain untuk pembiayaan tu.. kami cuba buat resubmit semula dokumen kepada pihak Bank CIMB Cawangan TTDI.. untuk pihak agen pulak dia orang resubmit semula dokumen kepada pihak Maybank..

Untuk pengetahuan anda semua banker pertama yang uruskan loan dicawangan CIMB TTDI tidak proses langsung dokumen yang saya emailkan kepada beliau... sangat kecewa dengan cara kerja beliau.. hampir setiap minggu saya buat follow up tanya status pinjaman sudah lulus atau tidak.. tapi jawapannya masih tunggu kelulusan dari pihak atasan.. selepas sebulan berlalu saya follow up semula tapi terus senyap seribu bahasa. sampailah saya di dihubungi oleh banker lain di CIMB TTDI untuk bantu proses loan saya.

Masa kami pergi jumpa sendiri dengan Banker CIMB tu kami tanya.. secara kasarnya kami ni layak ke untuk dapat pembiayaan rumah harga RM188k ni.. banker tu kata secara kasarnya macam takda masalah.. dan pihak beliau cuba untuk bantu dan bagi result dalam tempoh seminggu.. legalah sikit dengarkan..

Jawapan sama kami ajukan kepada agen.. agen kata kami punya komitmen takda masalah boleh lulus.. jadinya kami peliklah kenapa masa kami hantar sebelum ni kebanyakkan semua bank tak luluskan pinjaman kami..

Jadinya kami buat satu rumusan bahawa andai nak apply apa-apa pembiayaan ni kena jumpa face to face dengan banker yang akan uruskan loan ni.. terangkan satu persatu apa komitmen kita jangan sembunyikan hutang-hutang yang ada sebab banker akan tahu.. terutama kalau ada buat pembiayaan ASB.. sebab pinjaman asb ada setengah bank kira komitment ada setengah bank kira sebagai pendapatan jika pinjaman telah lebih setahun ada dividen dan bonus.. lampirkan sahaja penayata dividen yang PNB pos kerumah kita tu.

Alhamdulillah seperti yang banker CIMB tu janjikan keputusan telah diperolehi yang mana loan kami lulus 90%.. alhamdulillah step ke-2 dah selesai.. tapi kami tak terburu-buru lagi pergi sign SNP sebab kami masih menunggu jawapan kelulusan dari pihak agen yang applykan di Maybank.. sebab andai kata Maybank tak lulus kami akan ambil CIMB..

Tempoh yang diberikan oleh pihak CIMB untuk sign Offer Latter adalah 7 hari.. so kami pun pushlah agen yang uruskan dekat maybank tu.. lagi 3 hari nak habis tempoh CIMB.. agen kata Maybank punya loan pun lulus... jadinya yang mana kami kena pilih DARA atau JANDA.. gurau sahaja..

Bila 2 bank bagi kelulusan kami akan pilih bank yang tawarkan kadar keuntungan atau faedah yang rendah.. untuk CIMB dia tawarkan 90% + MRTT dengan faedah 4.55 manakala MAYBANK tawarkan 90% + MRTT + Legal fees dengan faedah 4.50.

Jadinya kami ambil keputusan untuk sign Offer Latter dari Maybank... antara faktor pemilihan Maybank adalah kadar faedah lebih rendah 0.05.. walaupun nampak kecil tapi untuk tempoh pinjaman 35 tahun banyak juga nilai yang perlu dibayar.. keduanya kami tidak perlu lagi keluarkan duit poket sendiri untuk bayar yuran guaman untuk perjanjian pinjaman sekitar 4-5k termasuk duti stem sebab telah dimasukkan sekali didalam loan.

Bagi pihak CIMB kami makluman kepada beliau yang kami terpaksa tolak dan pilih Maybank.. dan banker CIMB berlapang dada dengan kami walaupun pada awalnya CIMB yang luluskan pinjaman kami dulu.. apa pun terima kasih kepada banker CIMB.. andai kata anda nak buat pembiayaan rumah boleh contact banker CIMB cawangan TTDI ni .. mesra dan mudah berurusan..
017-2686695 (Woo Ting Hao)

Selepas pilihan bank dipilih kami aturkan temujanji untuk urusan tandatangan offer latter. 2hb Jun 2016 kami sign offer letter dengan Maybank..

Urusan seterusnya kami buat temujanji dengan pihak peguam untuk tandatangan SNP dan Perjanjian Pinjaman.. kami pergi jumpa peguam sekali sahaja sebab peguam pemaju adalah peguam yang sama untuk pinjaman bank.. memang kami kena pilih peguam pemaju dan sekiranya kami pilih peguam sendiri kos SNP lebih kurang RM3k-RM4k kami kena bayar sendiri.. andai guna peguam pemaju SNP pemaju bayar dan yang kami bayar hanya yuran guaman untuk perjanjian pinjaman sahaja.

9hb Jun 2017 seminggu selepas kami sign Offer Letter kami pergi dipejabat peguam (Tee Bee Kim & Partners) Petaling Jaya untuk urusan tandatangan semua dokumen perjanjian.

Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar pada masa tu tanpa sebarang masalah dan baki 10% deposit yang kami kena bayar bila sign SNP juga kami serahkan pada masa yang sama kepada peguam.

Urusan seterusnya hanya tunggu pihak pemaju untuk claim progress payment kepada pihak Maybank dan kami akan bayar faedah sahaja sehingga projek siap dan serah kunci.. insyallah doakan semoga rumah yang kami beli ni dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan pada awal tahun 2020.

Kita jumpa lagi tahun 2020 untuk cerita projek RUMAHWIP ni..

Sunday 21 May 2017

Suka Duka Dan Pengalaman Membeli Rumahwip (Rumah Wilayah Persekutuan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. terima kasih kepada pembaca yang masih berkunjung ke sini.

Pada awalnya saya tidak mahu berkongsikan pengalaman membeli salah satu unit RUMAHWIP ni.. tapi selepas difikirkan ada baiknya saya kongsikan suka duka saya dan isteri untuk mendapatkan salah satu unit projek dibawah seliaan DBKL ni.

Bermula pada November 2015 saya mula mendaftarkan diri didalam laman web rasmi RUMAHWIP secara tidak serius.. maksudnya register suka-suka sahaja dan memang takda minat pun nak beli mana-mana unit dalam projek yang ditawarkan oleh RUMAHWIP ni.

Sebab harga yang ditawarkan masa tu adalah bermula dari 198k hingga 300k untuk saiz 800-900 kaki persegi.. tolak tambah rasanya tak mampu lagi nak tambah komitmen baru..


Dah lebih setahun register dengan rumahwip



antaramuka nilah saya masuk dan register tahun 2015



antaramuka baru tahun 2016 sehingga sekarang


Kiranya dah beberapa kali dibuat penambahbaikkan dalam laman web RUMAHWIP ni.. dan bermula tahun lepas kalau tak silap bulan september 2016 saya update semula maklumat permohonan saya dalam website RUMAHWIP sebab masa tu kempen pasal tawaran RUMAHWIP tengah rancak dan ramai yang buat promosi dan iklan..

Kebetulan pulak pada tahun 2016 ni kami sekeluarga baru saja siap struktur semula aliran kewangan kami dan bila-buat kira-kira rasanya untuk lulus loan pinjaman RUMAHWIP ni nampak ada sinar yang cerah.. walaupun tak selalunya cerah.. hehehe


Masa bulan september tahun lepas kami fokus dan target untuk dapatkan salah satu dari 3 projek yang ditawarkan. Yang menjadi pilihan pertama ada Residensi Gurneymas, kedua KepongMas dan pilihan ketiga masa tu Wangsamas

Lepas siap je register kami terus kumpul dokumen dan buat pengesahan di pejabat Pesuruhjaya Sumpah untuk penyerahan dokumen sokongan dibangunan DBKL.

Cumanya masa tu ada 2 kaedah penghantaran dokumen sokongan selepas buat pendaftaran di laman web rasmi.

Yang pertama  boleh hantar terus di kaunter RUMAHWIP bangunan DBKL Jalan Raja Laut tanpa dikenakan sebarang bayaran deposit. Kaedah kedua dihantar terus dokumen sokongan kepada agen pemaju perumahan yang dipilih dengan beserta deposit 5k - 15k setiap unit rumah yang dipilih.

Jadinya untuk kami sekeluarga kami ambil jalan selamat untuk tidak menyerahkan deposit kepada pemaju dan kami hantar terus dokumen sokongan kepada pegawai RUMAHWIP yang ditempatkan dibangunan DBKL.

Kami dijanjikan proses tapisan akan dibuat dan mengmbil masa sebulan ke 2 bulan untuk mengetahui status layak diundi atau tidak.

Tunggu punya tunggu sampailah bulan November 2016 kami tidak menerima sebarang panggilan dari pemaju atau pihak RUMAHWIP yang mengatakan permohonan kami tu ditolak atau diluluskan.. kami hanya bergantung pada kemaskini di website rasmi RUMAHWIP sahaja yang mana didalam tu pun tidak di update status apa-apa.

Pada mulanya kami ingat oklah takda rezekilah projek RUMAHWIP ni.. sebab ikutkan logik pasti yang bagi deposit dekat pemaju akan diberi keutamaan pilihan dibandingan dengan pihak kami yang tak bagi deposit ni..

Memang betul apa yang kami fikirkan tu..

Dalam pada masa dah tak nak tahu pasal RUMAHWIP ni.. kami masih cuba google dan cari maklumat di facebook tentang projek-projek RUAMHWIP yang di iklan oleh pemaju dan agen-agen.. sampailah satu hari tu masa bulan November juga rasanya saya jumpa dengan seorang agen ni dilaman muka buku.. saya panggil dia Kak AZAH je..

Kak Azah nilah yang mula guide saya semula dan hidupkan semula semangat nak dapatkan salah satu unit projek RUMAHWIP ni.. saya ceritakan semua apa yang saya dah buat sampailah proses hantar dokumen ke DBKL.. kak Azah kata semua projek yang kami pilih tu dah penuh tempahan dan undian yang ada tinggal kekosongan adalah projek di Kepongmas sahaja.. jadinya  kami pilih satu projek di Kepong tu.

Kak Azah ni kata dia boleh cuba tolong hantar sekali lagi permohonan saya tu tu direct ke pemaju dengan syarat saya dah register secara online di laman web RUMAHWIP.. sebab tu salah satu syaratnya untuk pastikan rekod pendaftaran sampai ke DBKL.

Cumanya bila kena hantar dokumen kepada pemaju saya kena sediakan deposit sebanyak 5K kebetulan masa tu katanya pemaju bagi promosi untuk bumiputera deposit hanya 5k sahaja jika dibandingan dengan sebelumnya ada yang bayar 10k-15k.

Setelah bincang-bincang dengan isteri kami pun setujulah untuk serahkan  dokumen serta deposit dekat Kak Azah ni.. walaupun jumpanya baru sekali.. kalau masa tu dia tipu kami redha jelah.. sebab dalam laman web RUMAHWIP pun dia orang dah bagi amaran katanya jika kita serah deposit kepada pemaju dan tidak dipulangkan semula pihak RUMAHWIP dan DBKL tidak akan bertanggungjawab.

masa nak login website RUMAHWIP akan terpapar notis ni..

So bermula proses penyerahan semula dokumen dan deposit 5K kepada Kak Azah ni tak silap pada bulan November berapa haribulan saya tak ingat.. semua urusan jumpa pemaju saya serah kepada beliau.. sebab beliau yang akan serahkan cek saya kepada pemaju nanti.. dijanjikan dalam masa 4 minggu ke 8 minggu  proses untuk undian diperolehi..


Bukti bayaran cek kepada pemaju

Hampir 2 bulan saya cuma hubungi semula kak Azah ni tanya apa status permohonan saya. dia kata keputusan tak keluar lagi.. masa tu risau dah.. sebab janjinya 2 bulan boleh dapat tahu keputusan dan kalau tak lulus deposit dipulangkan semula..


Bulan Februari 2017 saya cuba tanya lagi status tapi katanya tak keluar lagi.. selang beberapa hari kak Azah ada mesej kata keputusan dah keluar tapi KIV ada masalah tak lampirkan akaun KWSP 2.. padahal masa tu semua dah bagi dah.. takpe masa tu fikir jangan rumitkan keadaan kita bagi je semula apa dokumen yang tak cukup..

Dalam pertengah bulan Februari kak Azah mesej kata nama saya dah naik layak diundi.. alhamdulillah excited punya pasal kami pun tak sabar nak gi undi unit pilihan.. seperti yang dijanjikan kami pun sampailah di pejabat pemaju Jalan Klang Lama bersama agen kak Azah..

Tapi malangnya kami tak boleh cabut undi juga pada masa tu.. katanya sebab status ada masalah apa entah pasal status kelayakkan kami.. jadinya pulanglah dengan hampa.. agen pun berkali-kali minta maaf sebab kesilapan yang tak pastikan boleh undi betul-betul atau tidak..

Lebih kurang 10 hari lepas kejadian tu kak Azah mesej balik kata kami betul-betul dah layak untuk mengundi unit yang ditawarkan.. kali ni kami tak excited dah macam sebelum ni.. dan rasa kecewa untuk kali kedua tak nak berulang dah.. apa yang kami buat adalah.. kami wakilkan sahaja pada agen kak Azah untuk buat cabutan undi bagi pihak kami..

So kenalah buat surat sikit mengatakan kita wakilkan bagi pihak kita untuk cabutan undi tu.. kami tunggu je keputusan keluar..

Jadinya tarikh 6hb Mac 2017 tu.. kak Azah pergilah buat cabutan undi bagi pihak kami.. dan kami tunggu keputusannya.. Alhamdulillah syukur penantian selama hampir 5 bulan berurusan untuk dapatkan RUMAHWIP ni berjaya.. kami dapatlah satu unit dari projek tu..

Mak bermulah proses seterusnya bila dah berjaya diundi.. kami kenalah cari bank yang sudi bagi pinjaman untuk unit tu. harga yang ditawarkan kepada kami masa tu 188k sahaja... kalau ikutkan pada asalnya yang tinggal hanya unit berharga 198k.. tapi mungkin rezeki kesabaran kami..kami dapat unit rendah dengan harga yang murah.. kiranya kalau ada problem lif tak lah tinggi kami nak naik turun tangga..

Episod memburu pinjaman bank bermula... jadinya urusan dengan agen kak Azah dah habislah.. Terima kasih kak Azah yang banyak bantu dan guide kami untuk dapatkan RUMAHWIP ni.. andai ada pembaca yang nak berurusan dengan beliau call direct atau mesej je akak tu.. sebab beliau banyak handle projek dibawah RUMAHWIP ni.. insyallah dia boleh cuba tolong.. sebab kita kena usaha dulukan.. selain tawakal.

Sekarang saya kena uruskan sendiri tentang pinjaman bank tu.. masa diberikan adalah 21 hari dari tarikh tandangan setuju beli unit tu.. kiranya ada masa 3 minggu sahaja untuk dapat kelulusan bank sebelum nak sign SNP..

Ada juga yang sign SNP dulu sebelum dapat kelulusan pinjaman bank.. tapi risikonya adalah jika gagal dapat pinjaman dalam masa tarikh tu deposit yang dibayar tadi akan di tolak dengan penalti.. kalau tak silap kena tolak 1.5k dari 5k tu.. kalau pinjaman tidak berjaya diperolehi selepas sign SNP..

Kalau tak berjaya juga dapatkan pinjaman bank dan nak balik deposit tu kena sertakan 2 surat rejection loan dari bank baru deposit dipulang juga.. kalau tidak denda atau penalti yang sama dikenakan juga 1.5k dari 5k deposit yang dibayar tu..

Untuk loan kerajaan yang lulus 100% deposit yang dibayar sebelumnya akan dipulangkan 100% selepas pemaju dapat bayaran pertama dari pinjaman kerajaan tu..

Nak tahu apa jadi dengan pinjaman yang sama mohon... tunggu update selepas ni.. sebab suka duka mohon pinjaman juga ada.. bak kata orang mohon pinjaman bank macam nak minta sedekah dekat bank.. hehehe..

Tunggu update seterusnya dari saya nanti.. samada BERJAYA atau TIDAK saya dapatkan pinjaman..















Tuesday 14 March 2017

KepongMas Residensi - Projek 2020


Semoga dipermudahkan urusan untuk mendapatkan satu unit disini.. projek underconstruction di area Kepong, KL ni..
















  • Nama Projek 
  • Residensi Kepongmas
  • Nama Hartanah 
  • Residensi Kepongmas
  • Jenis Kediaman 
  • Kondominium
  • Pemaju 
  • Sinerjuta Sdn Bhd
  • Alamat Pemaju 
  • Lot 33545, Batu 5, Jalan Klang Lama, 52000 Kepong W.P. Kuala Lumpur
  • No Tel. Pemaju 
  • 03-7989 0988

Spesifikasi


3 bilik tidur dan 2 bilik air

Kemudahan :

Pondok Pengawal Keselamatan, Dewan Serbaguna, Kawasan rekreasi, Kiosk, Surau dan Taska

Harga :

Tingkat 8 - 12  = RM188,000, 
Tingkat 13 - 17 = RM193,000, 
Tingkat 18 ke atas  = RM198,000

Landmark :

Taman Metropolitan, Kepong
FRIM Kepong

  • Tarikh Dijangka Siap 
  • 31-Dec-2019
  • Bilangan Unit Dibuka 
  • 1514