Salam semua,
Syukur kepada tuhan kerana memurahkan rezeki kami sekeluarga tahun ini dengan berjayanya urusan jual beli rumah baru yang telah berjalan selama 9 bulan.
Semalam 20-5-2011 berjaya dapat kunci dari vendor & semua urusan telah dibantu oleh peguam kami.. Mungkin ini adalah rezeki dari kehadiran orang baru dalam keluarga kami tidak lama lagi :-)
| Menjejakkan kaki kerumah pertama |
| Beri penghormatan kepada isteri tercinta untuk buat perasmian.. hehehe |
| Tu dia perasmian dari cik pn.. maklum jelah baru lagi susah sikit kot nak buka.. hehehe |
| Akhirnya berjaya membuka pintu utama |
| sesi terjah pertama meninjau ruang kabinet dapur peninggalan owner lama |
| Bakal dibina dengan kabinet baru.. sumber ilham dan sentuhan rekabentuk dari isteri tercinta... tunggu |
| ruang cuci pakaian dan sinki yang mungkin juga akan diubahsuai |
| Bilik air tetamu... jangan tanya kenapa gambar terbalik.. aku pon tak tahu macam mana nak edit.. hehehe |
| Bilik No.2... khas untuk tetamu |
| Bilik No. 3.. untuk dijadikan stor atau bilik untuk anak2..hehehe |
| Bilik air & mandi untuk master badroom |
| Nilah dia Bilik Utama tempat aku nak rehat dengan isteri tercinta.. NO. ENTRY ye.. hehehe |
| Ruang tamu dan rehat untuk santai bersama keluarga... Karpet percuma dari owner lama.. tq |
| Sudut pandangan berbeza ruang tamu... lampu hiasan juga disedekah oleh owner lama |
| My Love Wife.. Perunding & Kontraktor yang akan mendekorkan rumah baru kami ini |
Biar pon rumah kami tidak sebesar mana.. tapi berpuas hati kerana sudah menjadi milik sendiri.. :-)


