Thursday 2 June 2011

Part 5 - Sinki Dan Dapur Telah Siap | 2-6-2011

Salam semua,


Alhamdulillah setelah 4 hari kontraktor aku bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja memasang tile dan membuat konkrit untuk dapur dan sinki hari ini semuanya telah siap.

Semua bayaran upah untuk kerja-kerja telah aku selesaikan dan yang belum dibuat lagi hanya kabinet dapur untuk cik.pn sahaja.. Kabinet dapur ni kita orang lantik kontraktor lain sebab beliau pakar dalam kerja-kerja membuat kabinet dapur dari pintu jenis 3G.


 Konkrit sedang dibuat semalam 1/6/2011

2/6/2011 konkrit untuk dapur telah siap beserta dengan tile pilihan isteri tercinta




Tile untuk dinding masih belum dicuci lagi..
Semua ketiga-tiga bilik telah siap ditile

Ruang tamu yang telah siap ditile juga..

Insyaallah mungkin minggu depan aku dah kena mop semua lantai ruang tamu dan bilik.. almaklum jelahkan pertengahan bulan ada tetamu nak datang so kena siapkan rumah secepat mungkin.. hope semuanya berjalan dengan lancar.