Thursday 21 October 2010

Susahnya Nak Lulus Pinjaman Perumahan

Salam,


Maaf kalau tajuk entri aku macam merungut sikit, walhal memang merungut pun. sebenarnya aku baru bercadang nak membeli sebuah rumah buat masa terdekat ni, tapi masalahnya dah 2 bank reject permohonan aku..huhu.. tanpa sebarang alasan.



Sebulan yang lalu adalah aku dengan wife aku terjumpa satu iklan di mudah.com yang mengatakan ada rumah nak dijual. so bila aku check keadaan rumah tu kami berdua macam berkenanlah.

Seminggu lepas tu kami pon buatlah temujanji dengan owner untuk menijau keadaan rumah tu. so bila kita orang dah tengok keadaan luar dan dalam rumah tu hati tu dah mula berkenanlahkan.

Jadi step pertama yang kami berdua buat adalah membuat booking supaya rumah tu tak di tawarkan kepada pihak lain.. dalam erti kata lain kita memang nak belilah rumah tu.

Sebelum aku membuat bayaran booking tu.. aku dah pergi cari seorang lawyer atas recoment adik akulah yang pernah guna lawyer ni masa buat pinjaman beli umah dulu. so atas nasihat lawyer dia kata jangan bayar banyak sangat duit deposit dekat owner/agen sebab takut kita kena tipu dan dicadangkan bayar tidak lebih dari 2% dari harga umah tu.

Aku pon pergilah bayar duit booking tu dekat agen yang uruskan penjualan rumah tu dengan jumlah tidak lebih dari 2% seperti yang lowyer cakap.



Lepas je aku bayar duit booking tu aku dah start mencari bank untuk sumbit loan.. mula-mula aku submit dekat maybank lepas 2 hari dia call kata loan aku tak boleh lepas sebab ada commitment yang banyak. so takpelah aku cuba call lawyer dan dia cadangkan bank CIMB aku pon macam biasa sumbit lagi dokumen dekat CIMB tu.. lepas je seminggu dia msg dia kata maaf pinjaman anda TIDAK LULUS.. so aku replylah balik tanya pasal apa.. terus senyap sampai sekarang... tu yang buat aku macam naik angin je.. aku ni dah macam nak g minta sedekah dekat bank dah.

So sekarang ni aku masih tak putus asa lagi.. aku baru je sumbit 2 lagi permohonan dekat HSBC dan juga MBSB kalau ni pon reject juga aku akan cuba sumbit buat kali terakhir dekat OCBC dengan OUB..

Andai kata 6 bank ni reject semua permohonan aku, aku rasa cukup setakat ni usaha aku untuk mendapatkan rumah tu.. rasa kecewa tu dah adalah.. tapi aku anggap ni sebagai dugaan dan cabaran dalam diri aku dan isteri untuk memiliki rumah sendiri.

P/S: andai kata korang pernah ada pengalaman macam aku untuk buat loan dah berjaya mendapatkan loan tu.. harap dapatlah dikongsi bersama bagaimana & bank apa yang paling sesuai untuk buat loan jenis orang yang banyak commitment ni.. terima kasih.

Sunday 17 October 2010

Meninjau Lokasi Rumah Impian

Salam,

Pagi minggu yang menyamankan.. lepas balik dari jogging aku terus g meninjau lokasi rumah yang aku impikan selama ini..

Gambar diambil pada 16-10-2010



Pandangan apartment setinggi 4 tingkat

pandangan tingkat 3 dari jarak dekat

ruang kaki lima dan ruangan tangga.. opss takda lif ye..

cuba teka mana satu kotak pos surat aku nanti..

yang takda grill tu aku tengah lobi sekarang..lepas ni buat grill sendiri yang lagi cantik

ruang permainan badminton & parking motosikal

ruang taman permainan kanak-kanak & parking tetamu.. untuk parking pemilik semua berbumbung katanya

contoh grill tingkap ruang tamu yang bakal dibuat nanti

Grill ruang tingkap ruang tamu yang aku kira tercantik dikawasan rumah ni.. berapalah harganya ni..

Thursday 14 October 2010

Mungkinkah ini milikku tahun 2011

Salam,

Aku mulakan entri pertama aku dengan gambaran kasar rumah yang aku tengah lobi. Ianya sekadar impian untuk bajet tahun 2011, insyaallah jika rezeki aku.. mungkin aku akan memiliki satu unit dikawasan ni.. Amin

Dibawah ada sedikit gambaran kasar Apartment yang sedang aku lobi sekarang. Gambar dibawah tidak menunjukkan gambaran sebenar rumah yang aku lobi kerana rumah yang aku lobi kalau tidak silap tiada tile..








Lokasi Apartment