Wednesday 26 December 2012

Sebutharga Pemasangan Grill Tingkap Dan Pintu


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Wah! memang pecah panggunglah blog ni.. dekat setengah tahun tak update apa-apa.. lagi pun sepanjang 6 bulan ni takda apa-apa perubahan yang kami buat dekat rumah.. maintain macam sebelum ni juga.. lagi pun duit tak berapa nak ada so duduk diam-diamlah dulu.. hehehe.

Kebetulan hujung tahun ni.. ada rezeki lebih so kami memang dah lama bercadang nak pasangkan grill dekat rumah.. lagi pun sejak kami masuk dekat rumah ni.. memang grill tak dipasang lagi..

Credit : google.com

Anak pun dah makin lasak dan besar so risau kalau dia dah start main panjat-panjat takut terjatuh pulak nanti kalau grill tu takda.. jadi untuk langkah keselamatan kami pun dah deal denagn sorang kontraktor untuk pasang grill yang baru awal bulan depan.

Kos pemasangan semuanya bernilai RM1250 untuk 2 tingkap 2 daun, 1 tingkap 3 daun, 1 tingkap 1 daun dan satu pintu bomba.. samada kos tu mahal atau murah aku tak pastilah.. sebab takda pengalaman lagi pemasangan grill ni.. malas nak fikir panjang aku setuju je dengan sebut harga yang dia bagi tu.. jenis besi adalah besi biasa sahaja lebih kurang macam dalam gambar yang aku cilok dari google tu..

Insyallah bila siap proses pemasangan nanti aku update semula cerita ye.. oklah bertemu lagi.. Wasalam...

Thursday 28 June 2012

Bukan Senang Nak Jual Rumah

Salam semua,

Lama tak update blog aku ni.. dah masuk setengah tahun baru  dapat update 2 entry.. bukan takda idea tapi topik yang berkaitan dengan blog ni takda yang nak diceritakan.. takkan aku nak cerita pasal kereta dalam nikan tak kenalah.. dan tajuk blog pun Rumah Idamanku, mestilah nak update pasal rumah je.

Credit image : google.com
Kembali kepada tajuk asal "Bukan Senang Nak Jual Rumah".. memang betul jual rumah ni bukan macam jual goreng pisang.. orang datang tengok pisang goreng tu terus beli.. Kalaulah rumah macam tu kan mudah kerja kita.

Macam rumah yang aku nak jualkan ni dah setahun aku pegang Sale & Purchase Agreement (S&P) pemilik rumah ni.. tapi still masih tak terjual lagi.. yang call & tanya tak kurang yang datang survey pun dah ramai.. tapi belum ada rezeki nak laku rumahnya.

Insyaallah hujung minggu ni seorang lagi pembeli nak datang tengok rumah ni setelah hampir 6 bulan rumah tu takda yang tanya.. Iklan dah lama aku buat dekat blog satu lagi tentang "Apartment Untuk Dijual".. mungkin pembeli ni tercari-cari rumah dah tu dia google dan nampak pulak iklan dalam blog aku tu yang dia call kata nak tengok rumah tu kalau belum jual lagi.

Mungkinkah kali ni ada rezeki aku dapat terjual rumah tu? sama-samalah kita berdoa ye.. aku cakap dengan wife aku, ada rezeki adalah..

Macam mana pulak korang ada pengalaman tak jual rumah atau jualkan rumah orang lain.. berapa lama korang ambil masa untuk jual rumah tu? 

Monday 19 March 2012

Kunjungan Pertama Sepupu di Teratak Idaman

Salam semua,

Lama benar aku tak update blog ni.. rasanya dah berbulan-bulan kot.. almaklum jelah sebuk update dekat blog lagi satukan..

Takda apa yang nak diceritakan.. cuma nak kongsikan gelagat anak saudara aku.. anak kepada sepupu aku yang datang berziarah ke rumah aku.

Alamak dia dah bagi isyaratlah... hehehe

Sebenarnya sejak aku pindah ke rumah ni.. ni kali pertama dia datang ke rumah aku.. kebetulan dia baru je dapat baby baru.. so si harraz dapat sepupu sorang lagi.. lepas ni ada kawan untuk bergustilahkan.. hehehe.

Oklah entry pendek je.. takda apa apa yang nak disembangkan.. ada info menarik tentang teratak idaman kami ni.. nanti kami update lagi ye.. hehehe...

Wasalam..