Thursday 14 August 2014

Market Price SD Apartment 2 Tahun 2014


Rumah dibeli awal tahun 2011 dengan harga RM120k, dalam tempoh 3 tahun sahaja harga dan meningkat lebih dari 100% paling murah pun kalau tengok pada iklan di mudah.my ada yang menjualnya pada harga RM255k untuk tingkat paling atas iaitu tingkat 5 dengan basic unit.

Apartment yang aku beli ni memang takda lif.. so kalau korang beli yang tingkat paling atas tu ada penat sikitlah.. Macam aku rezeki yang aku dapat adalah tingkat 4 so taklah penat sangat naik tangga.



Market price SD Apartment 2 RM255k - RM380k


Kalau nak buat duit melalui sewa pun dah boleh sangat.. sebab paling murah harga disewakan seunit adalah RM800 sebulan dan ada yang menyewakan sehingga RM1300 sebulan mengikut situasi rumah. Kalau nak sewakan bilik sahaja pun dan cecah RM400 sebilik.

Kalaulah aku ada satu unit lagi dikawasan ni.. dan disewakan pada kadar RM1000 sahaja pun dan boleh jana pendapatan sampingan dah..

Semalam pun ada dapat iklan rumah untuk dilelong kawasan umah tu.. dengan harga tawaran lelong RM130k.. kalau ada modal boleh je cuba bit sampai RM200k.. hehehe.

Lagi 5 tahun mungkin harga rumah kawasan ni mencecah RM500k.. dan pada masa tu confirm dah tak mampu nak beli dah..


Monday 28 April 2014

Berkebun Di Rumah Apartment

 

Assalamualaikum semua,

Lebih setahun blog ni tak terusik dan terupdate.. maklumlah dalam tempoh setahun ni takda apa perubahan yang dibuat kepada rumah kesayangan kami ni..

Tak nak jadikan blog ni terus bersawang.. ari ni aku nak kongsi beberapa keping gambar yang sempat aku ambil beberapa hari lepas..

 Berkebun di rumah Apartment

Pokok cili besar yang tak menjadi.. dalam pasu panjang tu daun bawang

 Berkebun di rumah Apartment 1

Pokok cili padi yang diambil dari kampung hasil air tangan mak

 Berkebun di rumah Apartment 2

beberapa hari lepas pokok cili dah keluarkan bunga.. maknanya dah nak berbuah ni

Insyallah lepas ni kalau balik kampung lagi, nak ambil lagi benih dekat kampung.. sebenarnya teringin nak tanam macam-macam pokok dekat rumah ni.. tapi disebabkan kawasan tak mengizin so tanam pokok-pokok kecil jelah.. selagi tak menggangu ketenteraman jiran ok lagi.. :-)