Monday 17 October 2011

Tragedi Jam 12 Malam, Sakit Pinggang Aku

Salam semua,

Apa sebenarnya yang dah berlaku jam 12.00 malam semalam? sebenarnya takda apa-apa pon yang menarik jam 12.00 malam tu.. cuma aku kena usung sofa naik rumah je.. huhu.. sungguh penat rasanya.

Tapi disebabkan dah free aku gagahkan jugalah badan ni mengusung dari ground floor ke tingkat 4.. bukan ringan-ringan beb.. sakit belakang aku.. hehehe

Jom layan dululah sofa apa yang sampai.

Ruang tamu bersedia menanti tetamu

Tak mampu lagi beli karpet, tikar plastik pon jadilah

Tepat Jam 12.00 malam sofa ibu dari rumah mertua sampai

Tengah malam setting kedudukan sofa baru.. macam dah takda siang pulak

Akhirnya kedudukan begini yang dipersetujui

Setting sekali dengan tikar plastik ni..


Alhamdulilah hampir jam 1 pagi baru siap setting kedudukan sofa dari ibu mertua aku ni.. apa pon terima kasih kepada ibu mertuaku kerana sudi mengirimkan sofa ni kepada anaknda.. hehehe.

Kalau ada apa-apa yang menarik lagi ibu, janganlah segan-segan hantar lagi ye.. anaknda sentiasa menerima apa sahaja.. hehehe (ayat bodek baik punya)

Bila dah masuk sofa ni baru aku rasa umah aku lengkap sikit.. lepas ni tak tahulah apa lagi yang nak dibeli.. rasa-rasanya nak beli perhiasan pokok2 bunga pulak kot... apa pon tunggu jelah ye.