Monday 14 May 2018

Projek Pemasangan Aircond Di Dalam Bilik Utama


Alhamdulillah setelah hampir 7 tahun kami beli rumah yang kami duduk sekarang tahun ni baru berpeluang untuk pasang penghawa dingin didalam bilik utama. Sejak kami masuk rumah kami ni.. kami memang guna kipas syiling dengan kipas berdiri je..

Disebabkan cuaca sekarang semakin panas kami putuskan untuk membeli satu set penghawa dingin 1.0HP yang dijual secara online di Lazada.. Alhamdulillah seminggu selepas pembelian dibuat akhirnya barangan yang dibeli telah sampai.. Harga yang dibeli secara online adalah RM639.90.


Untuk pemasangan pula kami gunakan khidmat pakar pemasangan aircond sekitar area umah kami.. lepas kami bincang dengan beberapa kontraktor kami setuju untuk pilih sorang kontraktor dengan kos upah pemasangan RM250 tidak termasuk plug asing untuk ON/OFF aircond tersebut.. Jumlah semua kos bayaran adalah RM300.

Jom layan gambar-gambar sekitar kerja-kerja pemasangan aircond baru kami...


Persediaaan untuk beraksi



sebahagian laluan coper aircond


Antara ruang yang akan dipasangkan aircond nanti


lubang aircond sudah sedia ada semasa kami beli lagi rumah ni.. so tak perlu nak tebuk n buat lubang


2 orang pekerja.. seorang membuat pemasangan kompresor dan seorang buat pemasangan set aircond didalam bilik



Bantu memantu.. bab ni paling risau.. rumah 4 tingkat macam nilah gayanya


Alhamdulillah base untuk compressor siap dipasang



kerja-kerja meyediakan copper dan cable power



Macam ular sawa dan. anggaran panjang copper 10 kaki. katanya lebih 10 kaki akan dicharge sekaki RM15


Pemasangan laluan paip pair aircond







Alhamdulillah selepas hampir 3 jam kerja-kerja pemasangan dibuat akhirnya Aircond baru didalam bilik kami telah boleh digunakan sepenuhnya.. lepas ni kita tunggu berapa jumlah bil elektrik yang baru untuk bulan hadapan.. memandangkan purata bil sebulan sebelum ni adalah sekitar RM45-RM50 sahaja. adakah selepas pemasangan dan penggunaan penghawa dingin ini akan meningkat kadar bayaran elektrik nanti.. sama-sama kita nantikan.. hehehe


0 comments: