Salam semua,
Ni sebenarnya cerita lama tapi disebabkan ada kaitan dengan rumah aku ni.. so aku selitkan juga gambar tetamu yang datang kerumah baru kami.
Nak kata lama taklah lama mana cerita ni.. lebih kurang baru seminggu je.. tetamu yang datang ni adalah kenalan rakan sekolej cik malarang yang katanya dah lebih 5 tahun tak jumpa..kira jejak kasihlah ni.. hehehe
Rakan cik malarang ni datang dengan husband dan 2 orang anak yang comel2.. tak sabar rasanya nak dapat anak juga ni.. hehehe
Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak kami |
Sebenarnya paling gelabah bila ada tetamu nak datang adalah cik malarang.. mana tidaknya semestinya kena sediakn juadah yang menarikkan.. selamat aku balik umah mertua aku.. dia ada bekalkan aku dengan kuih raya dengan bekas kuih raya sekali.. hehehe.. memang menantu beruntung betul aku ni.. hahaha.
Macam biasalah menu utama pilihan cik malarang adalah Spagati.. kalau sebut pasal masak spageti ni cik malarang memang dah pakar.. aku cuma dengar kuali bunyi je.. tahu-tahu dah siap.. hehehe.
Comel adik-adik ni... |
Adalah dalam 2 jam juga kawan cik malarang ni stay dekat umah.. syok main dengan anak-anak dia ni.. semua comel2 belaka.. Yang sembang banyak cik malarang dengan kawan dialah.. aku dengan husband kawan cik malarang dok mendengar dan menyampuk sesekali je.. almaklum jelah.. dua-dua malu-malu kucing... hahaha.
Apa pon terima kasih kerana sudi datang ke teratak kami.. insyaallah ada masa kami akan berkunjung balas ke sana pulak.. Kata orang tetamu yang datang ni selalu bawa rezeki.. so kalau nak rezeki tak putus2 janganlah kedekut panggil tetamu datang rumah ye..
Oklah sampai sini dulu.. ada cerita boleh sembang lagi.. takda cerita senyap-senyaplah dulu... hehehe