Tuesday, 31 May 2011

Part 4 - Al-Kisah Sinki Dan Kabinet Dapur | 31-5-2011

Salam semua,

Korang jangan ingat kisah umah aku dah habis... oh tidak belum habis lagi.. sebenarnya ada satu cerita disebalik pembikinan kabinet dapur kita orang.

Sebenarnya sebelum pembikinan kabinet dapur kita orang.. aku dah beli sinki 3 kolum seminggu yang lalu.. tapi malangnya sinki yang kita orang beli tak boleh guna sebab terlalu besar.. sebenarnya dapur kita orang kecik je.. aku yang mengada-ngada beli sinki besar.. last-last tak boleh nak pasang.. huhu.

Sinki yang terpaksa aku tukar kepada sinki 1 kolum sahaja

Apa lagi aku mintalah bantuan cik pn malarang untuk tanya kedai jual sinki tu kalau-kalau boleh tukar.. alhamdulilah setelah berunding dengan tokey kedai tu dia bersetuju tukar sinki tu kepada sinki yang lain dengan nilai harga yang sama.. syukur.. kalau tak tak pasal2 aku buat tempat ayam bertelur je singki yang tak boleh pakai tu.. hehehe.

Dekat bawah ni sinki baru yang aku tukar dengan sinki dekat atas tu .

Dari sinki 3 kolum sekarang dah jadi 1 kolum.. takpe yang penting cantik

Cik Pn.Malarang berkenan nak beli bekas sabun dekat atas tu

Ni pulak koleksi kepala paip untuk sinki.. pening nak pilih mana satu ni..

Akhirnya pili paip ni menjadi pilihan cik pn.. unik katanya.. :-)

Macam biasa lepas tukar sinki tu tadi terus aku hantar dekat umah baru tu sebab esok pagi nak pasang dah singki tu.

Sampai-sampai je dekat umah tadi.. terperanjat aku tengok rangka kabinet dapur kita orang tengah dibuat.. memang bagus kontraktor ni.. cepat kerja dan kemas.

Sinki baru duduk dekat situlah nanti

berserabut lagi ni.. tak lama lagi siaplah ni.. tak sabar nak tengok cik pn. masak dekat dapur baru ni.:-)

Satu lagi perkara yang kita orang kena buat esok adalah beli lagi tile untuk bilik utama.. kontraktor call tadi kata tile kurang dalam 48 keping.. patutlah aku tengok tadi bilik utama je yang tak siap pasang rupanya tile tak cukup.

Bilik tetamu, bilik stor dan ruang tamu semua dah siap.. alhamdulilah kerja-kerja semua kemas.. tinggal nak kemas-kemaskan sikit lagi tile tu semua dah ok dah.

Ruang tamu yang dah siap
 
Bilik tetamu juga dah siap

Bilik stor sudah siap juga

Kaki lima juga telah siap di tile

Oklah entri seterusnya akan bersambung lagi.. wasalam

Part 3 - Pasang Tile dan Buat Kabinet Dapur | 31-5-2011

Salam semua,

Kita sambung cerita semalam yang mana hari ini masih dalam proses menyiapkan pemasangan tile di ruang tamu dan bilik rumah baru aku.

Hari ini juga kontraktor umah aku dah start buat rangka untuk kabinet dapur pilihan isteri tercinta.. design rupa macam mana korang tunggu jelah nanti ye..hehe.

Cuma ada sikit masalah bila sinki yang kami beli tu terlalu besar dan tak sesuai untuk dipasang.. so kontraktor cadang tukar kepada singki yang baru yang lebih kecil sedikit.



korang tengok betapa susahnya nak buat kerja-kerja renovation dekat rumah yang takda lif ni.. tak pasal-pasal kontraktor tu kena angkat barang-barang dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Kalau tak silap aku tadi dalam guni tu pasir dengan batu konkrit kot untuk buat kabinet dapur.


Macam nilah keadaan kaki lima rumah aku.. hope jiran2 tak bisinglah barang-barang bersepah ni.


kontraktor ni memang rajin.. aku suka cara dia buat kerja.. cepat pantas dan kemas.. memang terbaik..


Nampaknya bilik ke-2 dah hampir siap pasang tile sepenuhnya.. kalau nak tahu setiap satu bilik sorang kontraktor yang buat.


Yang nilah dia bos kontraktor rumah aku ni.. kurus kering je..tapi buat keje tangan tak berenti ... sebenarnya dia orang ni buat keje semua tak pakai baju.. kepanasan kot.. tapi untuk tidak mengaibkan dia orang aku dah gelapkan dah badan dia orang.. hahaha.


Sorang lagi kontraktor tengah siapkan pemasangan dekat ruang tamu.. nampak kotor sikit lantai ni.. kalau dah siap dia orang akan cuci.. aku tinggal cuci kaki je masuk nanti.. hehehe


Haaaa tu dia keadaan ruang tamu yang dah 90% siap.. semalam baru pasang separuh hari ni dah pasang semua..


Rasa-rasanya esok semua kerja-kerja pemasangan tile ni dah siap kot.. tinggal dia orang nak buat konkrit kabinet dapur je.. kalau tak aku rasa dah siap juga kot hari ni.. tapi disebabkan aku kena beli singki lain.. tertundalah kerja-kerja ni sampai esok.

Oklah nanti aku sambung semula perkembangan kisah umah aku ni ye.. nak rehat dulu.. wasalam.