Tentang Penulis

Salam semua,

Pertama-tamanya terima kasih diucapkan kerana sudi singgah di blog ini untuk membaca sedikit pengalaman penulis untuk memiliki sebuah rumah sendiri.

Tujuan utama blog ini dibangunkan adalah untuk kenangan peribadi penulis liku-liku yang dilalui sepanjang proses memiliki rumah sendiri.

Bermula dari zaman bujang penulis sebelum ini hanya menyewa disebuah rumah Apartment selama 3 tahun bersama rakan sekerja dan apabila penulis telah berkahwin masih juga menyewa selama 1 tahun lebih. Apabila difikir-fikirkan semula berapa lama hendak menyewa.. kalau dikumpulkan duit sewa tu rasanya dah mampu digunakan untuk membayar deposit untuk membeli rumah baru.

Atas bantuan dan dorongan dari isteri penulis, kami telah bermula mencari sebuah rumah yang mampu bayar di sekitar Petaling Jaya sehingga tertemunya dengan sebuah rumah apartment yang akhirnya menjadi milik penuh penulis & isteri. 

Semua apa yang ditulis didalam blog ini hanya kisah peribadi penulis & isteri disamping berkongsi pengalaman  memiliki sebuah rumah sendiri.


Update >>> 26/12/2012

Kini penulis bukan tinggal berdua lagi dirumah idaman tapi sudah bertiga dengan kehadiran cahaya mata lelaki setahun yang lalu.. setakat tarikh  entri ini diupdate cahaya mata sulung kami telah berusia setahun 18 hari.