Pejam celik je dah masuk bulan Mac di tahun 2015 ni.. dua bulan sudah masa berlalu.. rumah yang kami duduk ni pun dah menghampiri usia 4 tahun.. kalau di lihat dari masa mula2 masuk rumah ni sampai sekarang tak banyak perubahan yang kami buat.. jadinya nak tambah keceriaan dan semangat duduk dekat rumah ni.. kenalah buat sedikit deco secara kecil kecilan..
Sebenarnya projek deco dah bermula dari hujung bulan januari lagi tapi baru ada kesempatan nak share dengan pembaca blog ni.. kebetulan pada hujung januari sehingga pertengahan februari cik isteri berkursus dan balik ke kampung bersama si comel kami tu.. jadinya senanglah sikit nak deco rumah kalau tak mau berperang kami satu rumah.. hehehe
Sebelum nak buat deco ni kena sediakan tools dulu.. dan kerana tak nak asik pinjam tools orang lain terus beli set tools sendiri termasuk drill untuk dinding..
Tool box baru yang dibeli di tesco sebelum ni semua tools simpan dalam almari je..
Akhirnya cik isteri hadiahkan set drill dari jenama BOSCH dengan harga RM219 di Jalan Pasar
Kalau dah ada drill ni macam-macam kerja boleh buat..
Tunggu entri seterusnya apa deco pertama yang kami buat.. :-)