Rumah dibeli awal tahun 2011 dengan harga RM120k, dalam tempoh 3 tahun sahaja harga dan meningkat lebih dari 100% paling murah pun kalau tengok pada iklan di mudah.my ada yang menjualnya pada harga RM255k untuk tingkat paling atas iaitu tingkat 5 dengan basic unit.
Apartment yang aku beli ni memang takda lif.. so kalau korang beli yang tingkat paling atas tu ada penat sikitlah.. Macam aku rezeki yang aku dapat adalah tingkat 4 so taklah penat sangat naik tangga.
Market price SD Apartment 2 RM255k - RM380k
Kalau nak buat duit melalui sewa pun dah boleh sangat.. sebab paling murah harga disewakan seunit adalah RM800 sebulan dan ada yang menyewakan sehingga RM1300 sebulan mengikut situasi rumah. Kalau nak sewakan bilik sahaja pun dan cecah RM400 sebilik.
Kalaulah aku ada satu unit lagi dikawasan ni.. dan disewakan pada kadar RM1000 sahaja pun dan boleh jana pendapatan sampingan dah..
Semalam pun ada dapat iklan rumah untuk dilelong kawasan umah tu.. dengan harga tawaran lelong RM130k.. kalau ada modal boleh je cuba bit sampai RM200k.. hehehe.
Lagi 5 tahun mungkin harga rumah kawasan ni mencecah RM500k.. dan pada masa tu confirm dah tak mampu nak beli dah..