Wednesday, 26 December 2012

Sebutharga Pemasangan Grill Tingkap Dan Pintu


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Wah! memang pecah panggunglah blog ni.. dekat setengah tahun tak update apa-apa.. lagi pun sepanjang 6 bulan ni takda apa-apa perubahan yang kami buat dekat rumah.. maintain macam sebelum ni juga.. lagi pun duit tak berapa nak ada so duduk diam-diamlah dulu.. hehehe.

Kebetulan hujung tahun ni.. ada rezeki lebih so kami memang dah lama bercadang nak pasangkan grill dekat rumah.. lagi pun sejak kami masuk dekat rumah ni.. memang grill tak dipasang lagi..

Credit : google.com

Anak pun dah makin lasak dan besar so risau kalau dia dah start main panjat-panjat takut terjatuh pulak nanti kalau grill tu takda.. jadi untuk langkah keselamatan kami pun dah deal denagn sorang kontraktor untuk pasang grill yang baru awal bulan depan.

Kos pemasangan semuanya bernilai RM1250 untuk 2 tingkap 2 daun, 1 tingkap 3 daun, 1 tingkap 1 daun dan satu pintu bomba.. samada kos tu mahal atau murah aku tak pastilah.. sebab takda pengalaman lagi pemasangan grill ni.. malas nak fikir panjang aku setuju je dengan sebut harga yang dia bagi tu.. jenis besi adalah besi biasa sahaja lebih kurang macam dalam gambar yang aku cilok dari google tu..

Insyallah bila siap proses pemasangan nanti aku update semula cerita ye.. oklah bertemu lagi.. Wasalam...