Monday, 17 October 2011

Tragedi Jam 12 Malam, Sakit Pinggang Aku

Salam semua,

Apa sebenarnya yang dah berlaku jam 12.00 malam semalam? sebenarnya takda apa-apa pon yang menarik jam 12.00 malam tu.. cuma aku kena usung sofa naik rumah je.. huhu.. sungguh penat rasanya.

Tapi disebabkan dah free aku gagahkan jugalah badan ni mengusung dari ground floor ke tingkat 4.. bukan ringan-ringan beb.. sakit belakang aku.. hehehe

Jom layan dululah sofa apa yang sampai.

Ruang tamu bersedia menanti tetamu

Tak mampu lagi beli karpet, tikar plastik pon jadilah

Tepat Jam 12.00 malam sofa ibu dari rumah mertua sampai

Tengah malam setting kedudukan sofa baru.. macam dah takda siang pulak

Akhirnya kedudukan begini yang dipersetujui

Setting sekali dengan tikar plastik ni..


Alhamdulilah hampir jam 1 pagi baru siap setting kedudukan sofa dari ibu mertua aku ni.. apa pon terima kasih kepada ibu mertuaku kerana sudi mengirimkan sofa ni kepada anaknda.. hehehe.

Kalau ada apa-apa yang menarik lagi ibu, janganlah segan-segan hantar lagi ye.. anaknda sentiasa menerima apa sahaja.. hehehe (ayat bodek baik punya)

Bila dah masuk sofa ni baru aku rasa umah aku lengkap sikit.. lepas ni tak tahulah apa lagi yang nak dibeli.. rasa-rasanya nak beli perhiasan pokok2 bunga pulak kot... apa pon tunggu jelah ye.

Saturday, 1 October 2011

Kunjungan Tetamu Di Rumah Baru Hujung-hujung Raya

Salam semua,

Ni sebenarnya cerita lama tapi disebabkan ada kaitan dengan rumah aku ni.. so aku selitkan juga gambar tetamu yang datang kerumah baru kami.

Nak kata lama taklah lama mana cerita ni.. lebih kurang baru seminggu je.. tetamu yang datang ni adalah kenalan rakan sekolej cik malarang yang katanya dah lebih 5 tahun tak jumpa..kira jejak kasihlah ni.. hehehe

Rakan cik malarang ni datang dengan husband dan 2 orang anak yang comel2.. tak sabar rasanya nak dapat anak juga ni.. hehehe

Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak kami


Sebenarnya paling gelabah bila ada tetamu nak datang adalah cik malarang.. mana tidaknya semestinya kena sediakn juadah yang menarikkan.. selamat aku balik umah mertua aku.. dia ada bekalkan aku dengan kuih raya dengan bekas kuih raya sekali.. hehehe.. memang menantu beruntung betul aku ni.. hahaha.

Macam biasalah menu utama pilihan cik malarang adalah Spagati.. kalau sebut pasal masak spageti ni cik malarang memang dah pakar.. aku cuma dengar kuali bunyi je.. tahu-tahu dah siap.. hehehe.

Comel adik-adik ni...

Adalah dalam 2 jam juga kawan cik malarang ni stay dekat umah.. syok main dengan anak-anak dia ni.. semua comel2 belaka.. Yang sembang banyak cik malarang dengan kawan dialah.. aku dengan husband kawan cik malarang  dok mendengar dan menyampuk sesekali je.. almaklum jelah.. dua-dua malu-malu kucing... hahaha.

Apa pon terima kasih kerana sudi datang ke teratak kami.. insyaallah ada masa kami akan berkunjung balas ke sana pulak.. Kata orang tetamu yang datang ni selalu bawa rezeki.. so kalau nak rezeki tak putus2 janganlah kedekut panggil tetamu datang rumah ye..

Oklah sampai sini dulu.. ada cerita boleh sembang lagi.. takda cerita senyap-senyaplah dulu... hehehe