Monday, 17 October 2011

Tragedi Jam 12 Malam, Sakit Pinggang Aku

Salam semua,

Apa sebenarnya yang dah berlaku jam 12.00 malam semalam? sebenarnya takda apa-apa pon yang menarik jam 12.00 malam tu.. cuma aku kena usung sofa naik rumah je.. huhu.. sungguh penat rasanya.

Tapi disebabkan dah free aku gagahkan jugalah badan ni mengusung dari ground floor ke tingkat 4.. bukan ringan-ringan beb.. sakit belakang aku.. hehehe

Jom layan dululah sofa apa yang sampai.

Ruang tamu bersedia menanti tetamu

Tak mampu lagi beli karpet, tikar plastik pon jadilah

Tepat Jam 12.00 malam sofa ibu dari rumah mertua sampai

Tengah malam setting kedudukan sofa baru.. macam dah takda siang pulak

Akhirnya kedudukan begini yang dipersetujui

Setting sekali dengan tikar plastik ni..


Alhamdulilah hampir jam 1 pagi baru siap setting kedudukan sofa dari ibu mertua aku ni.. apa pon terima kasih kepada ibu mertuaku kerana sudi mengirimkan sofa ni kepada anaknda.. hehehe.

Kalau ada apa-apa yang menarik lagi ibu, janganlah segan-segan hantar lagi ye.. anaknda sentiasa menerima apa sahaja.. hehehe (ayat bodek baik punya)

Bila dah masuk sofa ni baru aku rasa umah aku lengkap sikit.. lepas ni tak tahulah apa lagi yang nak dibeli.. rasa-rasanya nak beli perhiasan pokok2 bunga pulak kot... apa pon tunggu jelah ye.

Saturday, 1 October 2011

Kunjungan Tetamu Di Rumah Baru Hujung-hujung Raya

Salam semua,

Ni sebenarnya cerita lama tapi disebabkan ada kaitan dengan rumah aku ni.. so aku selitkan juga gambar tetamu yang datang kerumah baru kami.

Nak kata lama taklah lama mana cerita ni.. lebih kurang baru seminggu je.. tetamu yang datang ni adalah kenalan rakan sekolej cik malarang yang katanya dah lebih 5 tahun tak jumpa..kira jejak kasihlah ni.. hehehe

Rakan cik malarang ni datang dengan husband dan 2 orang anak yang comel2.. tak sabar rasanya nak dapat anak juga ni.. hehehe

Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak kami


Sebenarnya paling gelabah bila ada tetamu nak datang adalah cik malarang.. mana tidaknya semestinya kena sediakn juadah yang menarikkan.. selamat aku balik umah mertua aku.. dia ada bekalkan aku dengan kuih raya dengan bekas kuih raya sekali.. hehehe.. memang menantu beruntung betul aku ni.. hahaha.

Macam biasalah menu utama pilihan cik malarang adalah Spagati.. kalau sebut pasal masak spageti ni cik malarang memang dah pakar.. aku cuma dengar kuali bunyi je.. tahu-tahu dah siap.. hehehe.

Comel adik-adik ni...

Adalah dalam 2 jam juga kawan cik malarang ni stay dekat umah.. syok main dengan anak-anak dia ni.. semua comel2 belaka.. Yang sembang banyak cik malarang dengan kawan dialah.. aku dengan husband kawan cik malarang  dok mendengar dan menyampuk sesekali je.. almaklum jelah.. dua-dua malu-malu kucing... hahaha.

Apa pon terima kasih kerana sudi datang ke teratak kami.. insyaallah ada masa kami akan berkunjung balas ke sana pulak.. Kata orang tetamu yang datang ni selalu bawa rezeki.. so kalau nak rezeki tak putus2 janganlah kedekut panggil tetamu datang rumah ye..

Oklah sampai sini dulu.. ada cerita boleh sembang lagi.. takda cerita senyap-senyaplah dulu... hehehe


Thursday, 7 July 2011

Proses Cat Pintu Utama

Salam semua,

Alhamdulillah projek rumah baru belum selesai lagi.. kata orang buat sikit-sikit dulu lama-lama siaplah.. semalam entah mimpi apa entah aku teringin nak cat pintu umah aku.. terus ajak cik pn gi beli cat.

foto dari dalam rumah

foto dari luar rumah

Pandangan sebelum proses cat.

Cat dari jenama Nippon Paint dengan Kod Warna Nippon 9000 "1331"






Alhamdulilah dah siap pon masa yang diambil lebih kurang 2 jam untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat pintu utama ni.. rasa-rasanya lepas ni nak buat pulak ye.. korang tunggu je update seterusnya nanti k.

Friday, 1 July 2011

Update Terkini 2 Minggu Di Rumah Baru

Salam semua,

Alhamdulilah diam-diam dah 2 minggu aku duduk dekat umah baru ni.. belum banyak perubahan aku buat lagi pon sekarang dah kehabisan modal.. hehehe.. kena tunggu bonus hujung tahunlah kalau ada.. baru boleh buat renovate lagi.

Kalau ada rezeki lepas ni ingat nak pasang grill pintu dengan tingkap.. rasa perlukan modal hampir 1k juga tu.

Ruangtamu masih basic tiada perabut tambahan..
hanya ada sofa dengan tikar je..

Ruang makan pon takda meja makan.. kita orang kalau nak makan
duduk bersila je.. aku lagi selesa duduk bersila sebenarnya

Nilah meja kopi aku sekarang ni.. jadi tempat letak aquarium je.. hehehe

Friday, 24 June 2011

Pasang TV LCD Di Dinding

Salam semua,

Macam biasalah dah rumah baru mesti nak pasang TV baru juga.. tapi yang ni bukan TV baru.. cuma TV baru beli yang aku bawa dari rumah sewa lama ke rumah baru je.

Korang layan je gambar dekat bawah ni.. aku nak buat apa dengan TV tu..

dek gara-gara nak tengok drama Nora Elena.. Tv duduk atas kotak je

hari esoknya.. terus gi cari para-para kaca untuk letak box astro &
kaki besi untuk gantung TV LCD dekat dinding

Proses pemasangan besi untuk mengantung LCD TV 32"

LCD TV dan para-para telah siap dipasang..
tetapi menghadapi masalah apabila diletakkan terlalu tinggi dan bila baring
nak tengok tv tak selesa sebab kena dongak

Akhirnya kedudukan LCD TV terpaska diubah pada kedudukan bawah sedikit..
Sebab tu korang tengok ada tompok2 putih tu.. bekas dinding yang berlubang..
tapi aku dah tutup dengan simen putih.. tinggal nak cat semula je.

Cik Malarang tengah menguji pandangan & kedudukan TV LCD beliau..
ok tak kedudukan TV tu cyg?

Akhirnya beginilah kedudukan TV LCD dan Decoder Astro setelah
diubah pada kedudukan yang betul..
Aku pun dah test.. bila aku baring dekat bawah selesa sikit tengok tv tu.
Rasa-rasanya apa lagi yang aku nak buat lepas ni ye.. banyak benda lagi nak buat sebenarnya.. tunggu entri selanjutnya..

Proses Cat Ruang Tetamu Sampai Subuh

Salam semua,

Excited punya pindah umah baru ni.. lepas siap je pasang kabinet dapur 3G High Gloss.. malam tu aku terus buat kerja-kerja mengecat ruang tamu pulak.

Kalau tak silap aku start buat kerja-kerja mengecat ni jam 10.00 malam dan aku berentikan kerja-kerja tu jam 4.00 pagi.. gilakan.. hahaha padahal esok paginya aku koje beb.. tu yang sampai dekat opis aku tidur je.. hehehe. 

Menggunakan warna coklat gelap sebagai wallpaper

Warna coklat lembut digunakan untuk bahagian tingkap

Wallpaper dah siap.. macam nak pengsan mengecat sorang-sorang

Kabinet Dapur 3G High Gloss

Salam semua,

Setelah hampir 2 minggu menunggu akhirnya pihak kontraktor yang dilantik telah datang untuk menyiapkan kerja-kerja pemasangan kabinet dapur dari jenis 3G High Gloss.

Kerja-kerja pemasangan dibuat selama 4 jam bermula dari jam 1 petang hingga 5 petang.. Di sebabkan kerja-kerja tersebut dibuat time aku kerja.. jadi terpaksalah aku mengambil cuti separuh hari.

kontraktor tengah buka kabinet lama

rangka kabinet baru yang akan digantung

kawasan yang akan dipasang dengan kabinet baru

antara peralatan yang dibawa untuk digunakan

orang kuat ni yang banyak membantu dalam menyiapkan pemasangan kabinet

testing masuk atau tak laci tu

tengah bersihkan kotoran pada kabinet atas

keadaan kabinet yang telah siap digantung

sedikit kekemasan yang tengah dibuat oleh kontraktor

kerja-kerja pemasangan blower dapur masak

kesian pakcik ni.. badan macam tu terselit bawah konkrit dapur tu

kerja-kerja pemasangan pintu 3G High Gloss

hampir siap pemasangan pintu kabinet atas

kabinet sebelah atas telah siap dipasang semuanya

kerja-kerja memasang pintu-pintu kabinet bahagian bawah

membuat kerja-kerja kekemasan laci kabinet

Kabinet yang telah siap sepenuhnya bahagian atas

kabinet yang telah siap bahagian bawah


Alhamdulillah 16-6-2011 jam 5.00  petang semua dah siap.. time sampai umah cik malarang tersenyum tengok kabinet idaman dia dah siap

Monday, 20 June 2011

Pindah Barang Dari Rumah Sewa Ke Rumah Baru

Salam semua,

Tengok memang macam senang, tapi bila dah buat baru tahu langit tu tinggi atau rendah.. macam tulah yang terjadi pada aku pada 14/6/2011 lepas.. kesannya sampai sekarang badan sakit-sakit n lenguh2 lagi.. nasib baik ada isteri tercinta tolong urut-urutkan kurang sikit..hehehe

Korang layan gambar jelah ye sekitar kerja-kerja pemindahan barang-barang tu dari tingkat 3 ke tingkat 4 (no lif).

Pekerja tambahan diimport dari Penang.. adik cik malarang

Muat ke satu lori ni.. belum masuk katil dengan almari lagi

cik malarang meninjau kawasan apa yang tak siap packing lagi

mamat yang rajin menyapu sebelum nak angkat sekali karpet merah pemberian ibu mertua

Karpet dah clear.. barang2 pon dah clear

kawasan dapur yang dah kosong.. kasi sapu licin semua barang2


Bilik tidur tetamu yg tinggal tilam bujang je..

Bilik kenangan bersama cik malarang selama lebih setahun.. banyak memori terindah dalam ni.. hehehe


Lori sewa yang berkhidmat untuk aku.. sebenarnya lori ni adalah milik adik kepada supervisor aku

2 orang supervisor aku membantu dalam kerja-kerja punggah barang ni

nak tolong angkat aku dah tak larat so minta dia orang jelah ni.

bro yusuf yang memang power..

pasal apa aku punya mesin basuh tertinggal dekat sini?

yang ni set bilik tidor aku.. terpaksa letak dekat sini dulu

ada pulak kerusi tertinggal dekat tangga juga

pandangan dari tingkat 4, meninjau kalau2 ada orang nak rembat mesin basuh aku.. hehehe

dah longgok macam kedai bundel je.. penuh dapur ni

sambil angkat barang sempat lagi adik ipar ni main SMS.. orang tengah bercinta katanya.. hehehe

longgokkan barang-barang dirumah baru..

cik malarang dah pening kepala masa ni.. tak tahu nak susun yang mana dulu.. hehehe

Macam biasa penutup gambar wajib ni mesti ada..hehehe
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam urusan pemindahan barang umah aku tu kerumah baru.. hanya tuhan yang dapat balas jasa baik korang semua.