Thursday, 14 August 2014

Market Price SD Apartment 2 Tahun 2014


Rumah dibeli awal tahun 2011 dengan harga RM120k, dalam tempoh 3 tahun sahaja harga dan meningkat lebih dari 100% paling murah pun kalau tengok pada iklan di mudah.my ada yang menjualnya pada harga RM255k untuk tingkat paling atas iaitu tingkat 5 dengan basic unit.

Apartment yang aku beli ni memang takda lif.. so kalau korang beli yang tingkat paling atas tu ada penat sikitlah.. Macam aku rezeki yang aku dapat adalah tingkat 4 so taklah penat sangat naik tangga.



Market price SD Apartment 2 RM255k - RM380k


Kalau nak buat duit melalui sewa pun dah boleh sangat.. sebab paling murah harga disewakan seunit adalah RM800 sebulan dan ada yang menyewakan sehingga RM1300 sebulan mengikut situasi rumah. Kalau nak sewakan bilik sahaja pun dan cecah RM400 sebilik.

Kalaulah aku ada satu unit lagi dikawasan ni.. dan disewakan pada kadar RM1000 sahaja pun dan boleh jana pendapatan sampingan dah..

Semalam pun ada dapat iklan rumah untuk dilelong kawasan umah tu.. dengan harga tawaran lelong RM130k.. kalau ada modal boleh je cuba bit sampai RM200k.. hehehe.

Lagi 5 tahun mungkin harga rumah kawasan ni mencecah RM500k.. dan pada masa tu confirm dah tak mampu nak beli dah..


Monday, 28 April 2014

Berkebun Di Rumah Apartment

 

Assalamualaikum semua,

Lebih setahun blog ni tak terusik dan terupdate.. maklumlah dalam tempoh setahun ni takda apa perubahan yang dibuat kepada rumah kesayangan kami ni..

Tak nak jadikan blog ni terus bersawang.. ari ni aku nak kongsi beberapa keping gambar yang sempat aku ambil beberapa hari lepas..

 Berkebun di rumah Apartment

Pokok cili besar yang tak menjadi.. dalam pasu panjang tu daun bawang

 Berkebun di rumah Apartment 1

Pokok cili padi yang diambil dari kampung hasil air tangan mak

 Berkebun di rumah Apartment 2

beberapa hari lepas pokok cili dah keluarkan bunga.. maknanya dah nak berbuah ni

Insyallah lepas ni kalau balik kampung lagi, nak ambil lagi benih dekat kampung.. sebenarnya teringin nak tanam macam-macam pokok dekat rumah ni.. tapi disebabkan kawasan tak mengizin so tanam pokok-pokok kecil jelah.. selagi tak menggangu ketenteraman jiran ok lagi.. :-)

Friday, 11 January 2013

Kerja Pemasangan Grill Pintu dan Tingkap

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah dah seminggu rumah kami ini siap dipasangkan dengan grill pintu dan tingkap.. perasaan risau untuk meninggalkan rumah bila pulang ke kampung juga dah kurang walaupun masih ada risiko rumah boleh dimasuki anasir luar.

Apa yang penting langkah keselamatan untuk harta benda dan keluarga telah diambil.. selainnya kita berserah sahaja kepada yang maha Esa.

Beberapa keping gambar dibawah ini aku kongsikan sepanjang kerja-kerja pemasangan grill dirumah pada isnin lepas.

Pasang Grill Pintu dan Tingkap 1

Pasang Grill Pintu 1

Pasang Grill Pintu 2

kerja-kerja pemasangan grill dibuat oleh 3 pekerja dari warga bangladesh & indon rasanya.

Pasang Grill Pintu 3

Pasang Grill Pintu 4

Pasang Grill Pintu 5

Kerja-kerja pemasangan grill dibuat oleh pekerja dari warga asing.. memang nampak kepakarannya dalam memasang grill pintu ni.. kerja yang dibuat memang cermat & berhati..

Pasang Grill Tingkap 4

Pasang Grill Tingkap 1

Kerja-kerja pemasangan grill tingkap diruang tamu.. nampak macam senang tapi berpeluh juga pekerja ni buat

Pasang Grill Tingkap 2

Pasang Grill Tingkap 3

Pakcik ni memang buat kerja cermat.. mana yang cat tertanggal dekat grill dia cat semula.. macam sedia kala.

Pasang Grill Tingkap bilik 1

bilik tetamu 1 siap sedia untuk dipasangkan grill

Pasang Grill Tingkap bilik 2

Pasang Grill Tingkap bilik 3

lepas ni dah tak boleh nak jenguk luar dengan hulur tengkuklah.. hehehe

Pasang Grill Tingkap bilik 4

bagus.. tekun pekerja ni buat kerja..

Pasang Grill Tingkap bilik 7

Grill tingkap bilik tetamu kedua ada special sikit sebab buka dibuka sebagai laluan keluar jika berlaku kecemasan.. sama seperti grill tingkap diruang tamu.

Pasang Grill Tingkap bilik 5

grill tingkap bilik tidur utama telah sempurna dipasang

Pasang Grill Tingkap bilik 6

Grill tingkap untuk bilik tetamu 1 telah siap dipasang

 

Pecahkan Mangga grill 2

Ni semua gara-gara owner rumah lama tak bagi kunci untuk lock di grill dapur.. penyudahnya minta bantuan pekerja yang pasang grill tadi untuk potong mangga tu.. kurang 1 minit mangga telah berjaya dibuka dan dekat bawah ni hasilnya..

Pecahkan Mangga grill 3

rasa-rasanya kalau nak suruh aku potong guna gergaji berapa bulan pun tak pasti lagi boleh putus atau tidak.. tapi lepas guna mesin pemotong tu sekejab je putus dua.. terus tukar dengan mangga baru.. hehehe.

Gambar sebelum & selepas pemasangan grill boleh dirujuk di SINI..

Alhamdulillah lebih kurang 2 jam pekerja ni buat kerja semua dah siap sekali dengan cat mana-mana cat yang terkopek tadi..

Ok untuk panduan bersama andai kata korang nak tahu berapa burged yang kami keluarkan untuk pemasangan 1 grill pintu dan 4 grill tingkap adalah semuanya berjumlah RM1250 sahaja..

Kontraktor yang kami gunakan ni adalah kontraktor cina.. mulanya nak bagi job dekat melayu.. tapi disebabkan aku gi dekat bengkel melayu ni dok asik bos takda je.. jadi aku cancel terus berurusan dengan dengan tokey melayu.. guna kontraktor cina ni.. malam pun dia datang rumah ukur..

Andai korang nak contact untuk kontraktor grill ni.. tinggalkan komen dekat bawah ni.. nanti aku bagi no. HP dia secara email..

Lepas ni tak tahu lagi apa lagi renovation yang akan kami buat.. ada cerita terkini kami update lagi.. wasalam…

Wednesday, 26 December 2012

Sebutharga Pemasangan Grill Tingkap Dan Pintu


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Wah! memang pecah panggunglah blog ni.. dekat setengah tahun tak update apa-apa.. lagi pun sepanjang 6 bulan ni takda apa-apa perubahan yang kami buat dekat rumah.. maintain macam sebelum ni juga.. lagi pun duit tak berapa nak ada so duduk diam-diamlah dulu.. hehehe.

Kebetulan hujung tahun ni.. ada rezeki lebih so kami memang dah lama bercadang nak pasangkan grill dekat rumah.. lagi pun sejak kami masuk dekat rumah ni.. memang grill tak dipasang lagi..

Credit : google.com

Anak pun dah makin lasak dan besar so risau kalau dia dah start main panjat-panjat takut terjatuh pulak nanti kalau grill tu takda.. jadi untuk langkah keselamatan kami pun dah deal denagn sorang kontraktor untuk pasang grill yang baru awal bulan depan.

Kos pemasangan semuanya bernilai RM1250 untuk 2 tingkap 2 daun, 1 tingkap 3 daun, 1 tingkap 1 daun dan satu pintu bomba.. samada kos tu mahal atau murah aku tak pastilah.. sebab takda pengalaman lagi pemasangan grill ni.. malas nak fikir panjang aku setuju je dengan sebut harga yang dia bagi tu.. jenis besi adalah besi biasa sahaja lebih kurang macam dalam gambar yang aku cilok dari google tu..

Insyallah bila siap proses pemasangan nanti aku update semula cerita ye.. oklah bertemu lagi.. Wasalam...