Saturday, 1 October 2011

Kunjungan Tetamu Di Rumah Baru Hujung-hujung Raya

Salam semua,

Ni sebenarnya cerita lama tapi disebabkan ada kaitan dengan rumah aku ni.. so aku selitkan juga gambar tetamu yang datang kerumah baru kami.

Nak kata lama taklah lama mana cerita ni.. lebih kurang baru seminggu je.. tetamu yang datang ni adalah kenalan rakan sekolej cik malarang yang katanya dah lebih 5 tahun tak jumpa..kira jejak kasihlah ni.. hehehe

Rakan cik malarang ni datang dengan husband dan 2 orang anak yang comel2.. tak sabar rasanya nak dapat anak juga ni.. hehehe

Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak kami


Sebenarnya paling gelabah bila ada tetamu nak datang adalah cik malarang.. mana tidaknya semestinya kena sediakn juadah yang menarikkan.. selamat aku balik umah mertua aku.. dia ada bekalkan aku dengan kuih raya dengan bekas kuih raya sekali.. hehehe.. memang menantu beruntung betul aku ni.. hahaha.

Macam biasalah menu utama pilihan cik malarang adalah Spagati.. kalau sebut pasal masak spageti ni cik malarang memang dah pakar.. aku cuma dengar kuali bunyi je.. tahu-tahu dah siap.. hehehe.

Comel adik-adik ni...

Adalah dalam 2 jam juga kawan cik malarang ni stay dekat umah.. syok main dengan anak-anak dia ni.. semua comel2 belaka.. Yang sembang banyak cik malarang dengan kawan dialah.. aku dengan husband kawan cik malarang  dok mendengar dan menyampuk sesekali je.. almaklum jelah.. dua-dua malu-malu kucing... hahaha.

Apa pon terima kasih kerana sudi datang ke teratak kami.. insyaallah ada masa kami akan berkunjung balas ke sana pulak.. Kata orang tetamu yang datang ni selalu bawa rezeki.. so kalau nak rezeki tak putus2 janganlah kedekut panggil tetamu datang rumah ye..

Oklah sampai sini dulu.. ada cerita boleh sembang lagi.. takda cerita senyap-senyaplah dulu... hehehe


Thursday, 7 July 2011

Proses Cat Pintu Utama

Salam semua,

Alhamdulillah projek rumah baru belum selesai lagi.. kata orang buat sikit-sikit dulu lama-lama siaplah.. semalam entah mimpi apa entah aku teringin nak cat pintu umah aku.. terus ajak cik pn gi beli cat.

foto dari dalam rumah

foto dari luar rumah

Pandangan sebelum proses cat.

Cat dari jenama Nippon Paint dengan Kod Warna Nippon 9000 "1331"






Alhamdulilah dah siap pon masa yang diambil lebih kurang 2 jam untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat pintu utama ni.. rasa-rasanya lepas ni nak buat pulak ye.. korang tunggu je update seterusnya nanti k.

Friday, 1 July 2011

Update Terkini 2 Minggu Di Rumah Baru

Salam semua,

Alhamdulilah diam-diam dah 2 minggu aku duduk dekat umah baru ni.. belum banyak perubahan aku buat lagi pon sekarang dah kehabisan modal.. hehehe.. kena tunggu bonus hujung tahunlah kalau ada.. baru boleh buat renovate lagi.

Kalau ada rezeki lepas ni ingat nak pasang grill pintu dengan tingkap.. rasa perlukan modal hampir 1k juga tu.

Ruangtamu masih basic tiada perabut tambahan..
hanya ada sofa dengan tikar je..

Ruang makan pon takda meja makan.. kita orang kalau nak makan
duduk bersila je.. aku lagi selesa duduk bersila sebenarnya

Nilah meja kopi aku sekarang ni.. jadi tempat letak aquarium je.. hehehe

Friday, 24 June 2011

Pasang TV LCD Di Dinding

Salam semua,

Macam biasalah dah rumah baru mesti nak pasang TV baru juga.. tapi yang ni bukan TV baru.. cuma TV baru beli yang aku bawa dari rumah sewa lama ke rumah baru je.

Korang layan je gambar dekat bawah ni.. aku nak buat apa dengan TV tu..

dek gara-gara nak tengok drama Nora Elena.. Tv duduk atas kotak je

hari esoknya.. terus gi cari para-para kaca untuk letak box astro &
kaki besi untuk gantung TV LCD dekat dinding

Proses pemasangan besi untuk mengantung LCD TV 32"

LCD TV dan para-para telah siap dipasang..
tetapi menghadapi masalah apabila diletakkan terlalu tinggi dan bila baring
nak tengok tv tak selesa sebab kena dongak

Akhirnya kedudukan LCD TV terpaska diubah pada kedudukan bawah sedikit..
Sebab tu korang tengok ada tompok2 putih tu.. bekas dinding yang berlubang..
tapi aku dah tutup dengan simen putih.. tinggal nak cat semula je.

Cik Malarang tengah menguji pandangan & kedudukan TV LCD beliau..
ok tak kedudukan TV tu cyg?

Akhirnya beginilah kedudukan TV LCD dan Decoder Astro setelah
diubah pada kedudukan yang betul..
Aku pun dah test.. bila aku baring dekat bawah selesa sikit tengok tv tu.
Rasa-rasanya apa lagi yang aku nak buat lepas ni ye.. banyak benda lagi nak buat sebenarnya.. tunggu entri selanjutnya..