Monday, 13 June 2011

Proses Cat Bilik Tetamu - Part 2

Salam semua,

Setelah hampir 2 hari bertungkus lumus menyiapkan cat untuk bilik-bilik rumah kami, alhamdulillah semuanya dah siap dicat pagi tadi pada jam 12.00.






Proses mengecat bilik utama (bilik kami berdua)
---------------------------------------------------------------------


Bilik No.2 yang telah siap dicat dengan warna pilihan cik.pn
---------------------------------------------------------------------



Bilik No.1 yang telah siap dicat dengan warna biru laut
---------------------------------------------------------------------



Bilik No.3 juga telah siap dicat dengan warna ungu

Terima kasih cik.malarang yang sentiasa bersama mengecat semua bilik.. nantikan update seterusnya untuk proses cat ruangtamu kami.


Sunday, 12 June 2011

Proses Cat Bilik Tetamu - Part 1

Salam semua,

Semalam aku dah mulakan kerja-kerja mengecat rumah baru dengan dimulai pada bilik tetamu.. kerja-kerja cat tu memakan masa hampir sehari.

Apa kata korang layan dulu gambar-gambar dekat bawah ni.. aku penat nak cerita sebenarnya.. hehehe




Dekat atas tu gambar sebelum proses cat dibuat dan dibawah ni adalah kerja-kerja semasa proses cat dimulakan.

perkakasan dan sampai.. pekerja tak sampai lagi

membuat undercord putih bagi permukaan dinding yang berwarna

proses mengecat permukaan dinding dimulakan


Pekerja upahan yang terpaksa dibayar hari.. buat keja ye.. jgn main2

Penat mendogak keatas untuk mengecat sampai ke atas

kena hati-hati supaya cat tidak mengenai tile

Bahagian dinding yang bertingkap sangat menguji kesabaran

Update untuk bilik yang telah siap dicat akan dupload kemudian.. nantikan part 2!

Friday, 10 June 2011

Set Katil Baru Khas Untuk Tersayang

Salam semua,

Untuk dapat tidur yang selesa dan lena sepanjang malam semestinya pilihan katil menjadi keutamaan.. begilah juga kami berdua telah memilih katil baru untuk ruangan kamar tidur kami.

2 hari yang  lepas aku dah pon membeli 2 katil baru iaitu satu jenis queen dan satu lagi jenis single.. yang mana yang single akan digunakan oleh tetamu kami nanti.. rasa-rasa sapalah yang akan rasmikan nanti ni.. hehehe


Bilik baru kenalah pakai katil baru.. :-)


Ni bilik untuk anak-anak nanti.. persediaan awal hehehe

Minggu depan dah kena pindah semua barang ke rumah baru ni.. hope semua berjalan dengan lancarlah. jangan pengsan orang yang nak angkat barang tu sudahlah.

Wednesday, 8 June 2011

Part 6 - Cuci dan Mop Rumah Baru | 7-5-2011

Salam semua,

Sebelum nak pindah umah baru dah tentu-tentunya kena cuci dulu.. macam tulah aku buat sehari dengan cik pn.. semalam aku dah siapkan kerja-kerja mencuci ruangan dapur dengan membersihkan permukaan tile didinding yangs sangat kotor.. tengok pon naik geli aku.. hehehe





Setalah hampir setengah hari aku kerjakan dapur ni..akhirnya siap aku cuci.. minggu depan tinggal nak tunggu tokey kabinet pasang pintu 3G.. bab kabinet dapur ni semua atas ide rekabentuk cik pn.

Tunggu minggu depan ye.. bila kabinet dah siap nanti aku kongsi ye.