Tuesday, 31 May 2011

Part 3 - Pasang Tile dan Buat Kabinet Dapur | 31-5-2011

Salam semua,

Kita sambung cerita semalam yang mana hari ini masih dalam proses menyiapkan pemasangan tile di ruang tamu dan bilik rumah baru aku.

Hari ini juga kontraktor umah aku dah start buat rangka untuk kabinet dapur pilihan isteri tercinta.. design rupa macam mana korang tunggu jelah nanti ye..hehe.

Cuma ada sikit masalah bila sinki yang kami beli tu terlalu besar dan tak sesuai untuk dipasang.. so kontraktor cadang tukar kepada singki yang baru yang lebih kecil sedikit.



korang tengok betapa susahnya nak buat kerja-kerja renovation dekat rumah yang takda lif ni.. tak pasal-pasal kontraktor tu kena angkat barang-barang dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Kalau tak silap aku tadi dalam guni tu pasir dengan batu konkrit kot untuk buat kabinet dapur.


Macam nilah keadaan kaki lima rumah aku.. hope jiran2 tak bisinglah barang-barang bersepah ni.


kontraktor ni memang rajin.. aku suka cara dia buat kerja.. cepat pantas dan kemas.. memang terbaik..


Nampaknya bilik ke-2 dah hampir siap pasang tile sepenuhnya.. kalau nak tahu setiap satu bilik sorang kontraktor yang buat.


Yang nilah dia bos kontraktor rumah aku ni.. kurus kering je..tapi buat keje tangan tak berenti ... sebenarnya dia orang ni buat keje semua tak pakai baju.. kepanasan kot.. tapi untuk tidak mengaibkan dia orang aku dah gelapkan dah badan dia orang.. hahaha.


Sorang lagi kontraktor tengah siapkan pemasangan dekat ruang tamu.. nampak kotor sikit lantai ni.. kalau dah siap dia orang akan cuci.. aku tinggal cuci kaki je masuk nanti.. hehehe


Haaaa tu dia keadaan ruang tamu yang dah 90% siap.. semalam baru pasang separuh hari ni dah pasang semua..


Rasa-rasanya esok semua kerja-kerja pemasangan tile ni dah siap kot.. tinggal dia orang nak buat konkrit kabinet dapur je.. kalau tak aku rasa dah siap juga kot hari ni.. tapi disebabkan aku kena beli singki lain.. tertundalah kerja-kerja ni sampai esok.

Oklah nanti aku sambung semula perkembangan kisah umah aku ni ye.. nak rehat dulu.. wasalam.

Monday, 30 May 2011

Part 2 - Bermula Kerja-Kerja Pemasangan Tile | 30-5-2011

Salam semua,

Hari ini merupakan hari pertama kontraktor yang aku pilih tu start buat kerja.. bermula dari memunggah barang-barang naik tingkat atas sampailah kerja-kerja membersihkan permukaan lantai untuk persediaan pemasangan tile baru.

Tengok gambar jelah ye dulu..


Proses menyusun tile yang nak dipasang di ruangan tamu

Kerja-kerja menyimen semula permukaan lantai bilik untuk persediaan pemasangan tile

Bilik Utama (Tempat tidur akulah ni.. hehehe)

Bilik ke-2.. ni dikhaskan untuk tetamu yang datang nanti..


Kaki lima depan pintu rumah pon aku minta dia orang tile sekali macam jiran-jiran aku buat.. heheehe


Sebahagian ruang tamu yang dah siap ditile..


Sambung cerita perkembangan esok ye... tunggu..


Saturday, 21 May 2011

Part 1 - Dapat Kunci Rumah Baru | Melawat Rumah Baruku

Salam semua,

Syukur kepada tuhan kerana memurahkan rezeki kami sekeluarga tahun ini dengan berjayanya urusan jual beli rumah baru yang telah berjalan selama 9 bulan.

Semalam 20-5-2011 berjaya dapat kunci dari vendor & semua urusan telah dibantu oleh peguam kami.. Mungkin ini adalah rezeki dari kehadiran orang baru dalam keluarga kami tidak lama lagi :-) 


Menjejakkan kaki kerumah pertama

Beri penghormatan kepada isteri tercinta untuk buat perasmian.. hehehe

Tu dia perasmian dari cik pn.. maklum jelah baru lagi susah sikit kot nak buka.. hehehe

Akhirnya berjaya membuka pintu utama

sesi terjah pertama meninjau ruang kabinet dapur peninggalan owner lama

Bakal dibina dengan kabinet baru.. sumber ilham dan sentuhan rekabentuk dari isteri tercinta... tunggu

ruang cuci pakaian dan sinki yang mungkin juga akan diubahsuai

Bilik air tetamu... jangan tanya kenapa gambar terbalik.. aku pon tak tahu macam mana nak edit.. hehehe
  
Bilik No.2... khas untuk tetamu

Bilik No. 3.. untuk dijadikan stor atau bilik untuk anak2..hehehe

Bilik air & mandi untuk master badroom

Nilah dia Bilik Utama tempat aku nak rehat dengan isteri tercinta.. NO. ENTRY ye.. hehehe

Ruang tamu dan rehat untuk santai bersama keluarga... Karpet percuma dari owner lama.. tq

Sudut pandangan berbeza ruang tamu... lampu hiasan juga disedekah oleh owner lama

My Love Wife.. Perunding & Kontraktor yang akan mendekorkan rumah baru kami ini

Biar pon rumah kami tidak sebesar mana.. tapi berpuas hati kerana sudah menjadi milik sendiri.. :-)

Tuesday, 10 May 2011

Ini Lot Parking Aku Punya Tau!

Salam semua,

Sebelum sampai umah tadi sempat aku gi jenguk umah baru aku, tujuan sebenar aku nak gi survey dekat mana lot parking Passo aku nanti.. hehehe.


Akhirnya aku jumpa lot parking passo aku.. kusangkakan ianya berbumbung rupanya panas ditengahari.. takpelah daripada aku balik malam takda parking.. yang bestnya parking ni betul-betul bawah umah aku tu.. boleh aku jenguk-jenguk setiap masa jentera kesayangan aku ni.


Tak sabar rasanya nak pindah umah baru ni.. alahai bila rasanya nak dapat kunci ni.. cik pn malarang dah tak sabar nak shopping barang-barang perabut ni.. :-)